komuniti menurut konteks Malaysia ialah sesebuah kawasan yang merupakan penempatan lebih dari seorang. lebih mudah komuniti di Malaysia ialah kawasan perkampungan. sejurus selesai pembentangan subjek Perancangan dan Pembangunan Komuniti pada hari ini, didapati bahawa politik begitu dominan dalam kehidupan harian masyarakat Melayu. saya mengatakan begini kerana, hasil daripada kajian melibatkan lebih 10 kampung dan taman disekitar Kedah dan Perlis mendapati, kampung yang dihuni oleh masyarakat Melayu menghadapi krisis perpaduan yang kronik.
PAS dan UMNO begitu mempengaruhi perpaduan masyarakat kampung disesebuah penempatan. sehinggakan isu kenduri, ibadat khusus dan sebagainya turut dipolitikkan. ironinya, perbalahan dan perselisihan ini semakin meruncing setiap kali isu yang melibatkan parti yang disokong, dipalu oleh pihak tertentu.
respon pensyarah Dr Jamaluddin selaku orang yang terlibat secara lansung dalam aspek perancangan komuniti di Malaysia adalah, "amat sukar untuk memecahkan krisis yang melibatkan aspek politik. kerana penjajah yang sememangnya meninggalkan legasi 'berpolitik' dalam segenap aspek begitu menguasai masyarakat Malaysia khususnya Melayu".
perlukan politik yang menyumbangkan kepada perpecahan? umum tidak mengakui hal ini namun saya boleh mengatakan bahawa politk yang dimainkan di Malaysia pada hari ini merupakan antara penyumbang kearah perpecahan dan keharmonian tergadai dek kerana terlalu dominannya ideologi politik dalam minda masyarakat kita pada hari ini.
sekirannya kesepaduan diperingkat komuniti agak meruncing pada masani begaimana pula nasib komuniti 10 atau 20 tahun daripada sekarang?
Tuesday, October 27, 2009
Wednesday, October 14, 2009
Kegilaanku
penulisan membuatkan aku semacam tidak waras. penulisan telah membawa aku ke dunia yang kadang-kadang tidak menunjukkan satu arah yang nyata. setiap kali aku berhadapan dengan mesin hitam yang dipenuhi dengan perkataan di atasnya, aku akan kaku untuk menekannya. bukan takut dek bunyinya dan bukan tidak tahu berbahasa. namun lebih dari itu sebenarnya. ISI ya! itulah yang menyebabkan aku kaku dan buntu. aku tidak tahu untuk apa aku menulis, siapa yang mahu membacanya, dan adakah ceritaku ini akan mendapat tempat di hati pembaca.
kegilaanku semakin menggila apabila aku dihadapkan dengan golongan manusia yang mencintai bahasa, mencintai plot, latar dan karya agung. ketenangan raut wajah yang dilatari dengan kaca mata berbingkai hitam, tidak cukup untuk menutup keresahan hari-hariku.
penulisan kurasakan semacam ada satu kuasa mistik yang boleh menyebabkan manusia sepertiku terkesan dan cuba menjadi pengikutnya. kelembutan estetika yang ada pada penulisan menyebabkan aku sasau. rauang kamarku juga seakan-akan memahami kegilaanku. buku penulisan memenuhi setiap ruang meja dan rak yang tersedia. untuk apa semua itu aku sendiri buntu dan berkecamuk.
penulisan! penulisan! penulisan! mengapa mengapa 'kau' wujud dalam hidupku, membangkitkan ghairah terhadapmu, menjadikan aku manusia yang histeria dan haus dengan penulisan.

Saturday, October 10, 2009
Sebuah Pencarian
Penulis begitu teruja dengan proses yang sedang penulis lalui. Tidak pernah terlintas difikiran akan wujud rasa minat dan suka terhadap bidang kesusateraan. Satu bidang yang semakin tenggelam seperti tenggelamnya Kapal Ven Der Wijck. Penulis telah memulakan bacaan novel Dr Hamka yang bertajuk ‘Merantau Ke Deli’ dua bulan lepas, hasil ransangan salah seorang sahabat penulis. peringkat permulaan membaca karya-karya sastera membuatkan penulis mudah bosan dan mengambil masa seminggu untuk menghabiskan novel tulisan Pak Hamka.
Dalam proses menelaah novel tersebut, penulis telah mengalami satu kecelaruan sehingga menimbulkan banyak persoalan dalam diri sendiri yang sesetengahnya sehingga kini masih tidak terjawab lagi. Sebenarnya, penulis cuba untuk mencari jati diri dan yang terpenting adalah berusaha untuk memiliki kecintaan terhadap ilmu. Kecintaan yang hakiki. Kerana ketika ini, penulis percaya bahawa sesuatu kebenaran dapat disingkap melalui pencarian secara ilmiah dan bukannya kepercayaan yang dihasilkan daripada dogma dan pengaruh daripada orang lain tanpa ada asas yang kukuh.
Disebabkan itulah, penulis cuba memulakan pencarian tersebut dengan mempertajamkan kefahaman melalui pembacaan karya yang bersifat sastera. Hal ini kerana, sastera merupakan satu cabang falsafah yang bersifat estetika. Dan karya Pak Hamka menjadi pilihan penulis untuk cuba melatih diri memahami hakikat disebalik penceritaan yang cuba disampaikan oleh Pak Hamka.
Kemudiannya sahabat penulis sekali lagi menarik minat penulis dengan mengutarakan sebuah novel karya Faisal Tehrani ‘Tuhan Manusia’. Sebuah novel yang digarap dengan laras bahasa sastera dan turut diselitkan laras bahasa falsafah. Sekali lagi penulis berusaha memahami intipati yang cuba disampaikan. Melalui novel ‘Tuhan Manusia’ penulis mula tertarik dengan dunia falsafah. Penulis mula menunjukkan keminatan tersebut dengan cuba mencari apa sebenarnya definisi falsafah? Apakah falsafah itu tertolak dalam konteks Islam pada hari ini? adakah falsafah tidak sesuai diperbincangkan pada peringkat usia penulis dan taraf pemikiran penulis pada ketika ini? apakah falsafah boleh mencabar akidah atau pun falsafah itu mampu membantu dalam proses mengenal kebesaran ALLAH? Seperti yang diperbincangkan dalam kaedah metafizik? Persoalan ini masih sedikit sebenarnya, masih banyak lagi yang bermain di benak penulis.
Mungkin apa yang cuba penulis sampaikan melalui penulisan masih tidak begitu jelas atau susunan ayat masih tunggang terbalik, namun penulis tetap optimis terhadap proses transformasi diri. Sekiranya kecelaruan dapat membantu penulis dalam memahami hakikat manusia dan ilmu, maka penulis sanggup menghadapinya.
Kini penulis sedang memahami sejarah falsafah melalui penulisan Prof. Madya Ahmad Sunawari Long dan Sains Pemikiran & Etika oleh Mardzelah Makhsin. InsyaAllah pada semester hadapan penulis akan mengambil subjek Sains Pemikiran & Etika sebagai subjek elektif bebas.

Thursday, September 10, 2009
PERJUANGAN WANITA
"perjuangan tidak semua boleh didasari dengan logik akal". "apa sebenarnya yang anda faham dengan perjuangan mendapatkan hak wanita". persoalan dan pernyataan yang pernah penulis dengar namun tidak ingat siapakah makhluk Allah yang melontarkannya. saban hari penulis merasakan semakin berminat untuk mengikuti perkembangan perjuangan wanita di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya.
terbaru, penulis telah menerima sms dari sahabat yang berasal daripada Yaman bertanya pandangan penulis mengenai kes yang melibatkan wanita di Sudan. Lubna seorang wartawan dan warganegara Sudan telah dijatuhkan hukuman denda dan sebat atas kesalahan memakai seluar di kawasan awam. yang menjadi persoalan dibenak penulis adalah, adakah ini suatu tuntutan agama ataupun hanya budaya yang dipraktikkan didalam sistem perundangan? sehingga ke hari ini penulis masih tidak menjawab persoalan sahabat tersebut kerana khuatir akan mengeluarkan satu hujah dangkal. hal ini penulis masih tidak begitu jelas dengan uruf negara yang bermazhabkan dengan mazhab Maliki itu.
dalam masa yang sama, bulan ramadhan pada kali ini penulis telah berkenalan dengan sahabat baru yang berasal dari China, Xinjiang (Uighar). sifat peramah dan 'friendly' yang ada pada diri penulis digunakan dengan sebaiknya untuk berkenalan dan meluaskan lagi ikatan silaturrahim dengan muslimat tersebut.
penulis begitu tertarik untuk mengetahui kisah sebenar yang berlaku keatas etnik Uighar dari mulut penduduk asal kawasan tersebut. mungkin selama ini kita hanya mendengar dan membaca daripada media massa. apa yang penulis dimaklumkan oleh Khalbidu (nama sahabat baru penulis yang berasal dari Xinjiang, Uighar) begitu meruntun hati penulis. kaum Uighar tidak dibenarkan untuk pergi ke Asia Timur terutamnya ke Mekah. hak-hak mereka sebagai warganegara China banyak dinafikan. mereka umpama mangsa yang merempat di tempat sendiri. terbaru Khalbidu mendapat perkhabaran seluruh sekolah dan universiti yang ada di tempat beliau telah ditutup. hanya hospital sahaja yang dibuka untuk orang awam. nasib golongan wanita di sana juga amat memilukan. manakan tidak, etnik ini juga tidak terkecuali dengan dasar kerajaan menggalakkan rakyat China melakukan penguguran bayi.
sahabat penulis yang satu ini juga tidak dapat berhubung dengan kedua ibu-bapa beliau sama ada melalui telefon atau internet. kerana kerajaan telah menyekat sistem perhubungan untuk sampai. dapatkah kita bayangkan bagaimana seorang wanita yang hanya berusia 21 tahun berpisah daripada ibu bapa dan lansung tidak boleh menghubungi mereka. semalam sahabat penulis itu hampir saja menitiskan air mata dek kerana kerinduan dan perasaan khuatir yang membuak-buak terhadap keselamatan ibu-bapa dan adik perempuannya. terlalu banyak sebenarnya cabaran masyarakat Uighar di sana yang kita masih tidak tahu. dek kerana kuasa China dalam dunia hari ini.
mengapa kisah seperti ini tidak pula kita 'hightlight' sebagai isu yang perlu diberi perhatian? mengapa undang-undang Islam juga yang dopersalahkan? adalah Islam melarang wanita dari mendapat pendidikan? dari mendapat taraf hidup yang baik? bukankah penindasan yang berlaku berpunca daripada adat dan budaya yang lebih banyak mempengaruhi sehingga dijadikan sebagai undang-undang negara sesuatu negara tersebut. contohnya kes Lubna tadi.
adakah nasib golongan wanita Malaysia menunggu masa sama dengan wanita Uighar baharulah aktivis wanita akan bangkit dan melaungkan perjuangan yang bersifat 'human right' dan baru akan merujuk dalil-dalil yang sahih? mungkin sikap kita yang suka pada zon selesa menyebabkan kita lupa mengambil pengiktibaran daripada negara-negara yang sedang bergolak pada waktu ini.
penulis mengatakan begini adalah banyak lagi kaum wanita di negara ini yang tidak tahu hak mereka dalam peruntukkan undang-undang. jadi mengapa tidak diperjuangan isu pendidikan? isu remaja wanita yang saban hari terdedah dengan bahaya menjadi mangsa keganasan seks sehingga menyebabkan merebaknya masalah-masalah sosial yang lain. tidak pernah pula penulis dengar menjadi prioritas. yang sering kelihatan di dada-dada akhbar dan kaca televisi hanyalah poligami. kemudian dikembangkan isu poligami itu sehingga diperbincangkan sehingga diperingkat antarabangsa dan akhirnya memperlihatkan poligami itu sebagai penindasan terhadap kaum wanita. walhal penulis yakin dan percaya golongan ini sedar bahawa ramai lagi wanita yang menjadi perempuan simpanan dan dinafikan haknya sebagai wanita yang perlu dihormati dan bermaruah!
penulis sebagai wanita merasa begitu perit untuk menelan sitausi yang merebak kini. puak wanita muslim berfikiran islamik hanya hebat bertempik dan menampakkan taringnya manakala pihak pejuang hak-hak deklarasi sejagat sibuk menuntut hak-hak yang menimbulkan kontroversi tanpa ada kesudahan lagi memeningkan Menteri yang bertanggungjawab juga memeningkan Dewan Pemuda PAS untuk menjawab setiap apa yang datang. syabas dan tahniah juga penulis ucapkan kepada ketua pemuda PAS ust Nasharuddin Tantawi atas keprihatinan beliau. mungkin muslimat perlu mencontohi ketokohan beliau dalam menangani isu gender.

Sunday, September 6, 2009
MUSLIMAT POWER
muslimat power! itulah slogan yang pernah dilaungkan disuatu tempat di Kuala Lumpur pada semester lalu. slogan ini begitu kuat kupegang dan sehingga ke hari ini aku masih melihat momentum muslimat power sebagai satu slogan yang cuba membawa keluar golongan muslimat terutamanya anak muda daripada kepompong kelesuan yang maha-mencengkam diri dan pemikiran mereka.
siswi islam yang lebih sinonim dengan panggilan muslimat pada hari ini berhadapan dengan cabaran yang berat yakni melepaskan diri dari belenggu tradisi yang tidak membawa sebarang kebaikan pada diri hatta masyarakat. hari ini jika kita lihat siswi yang berada dalam platform persatuan ataupun kelab begitu aktif dan rajin dalam menyediakan kertas kerja, usrah, projek-projek kampus dan sebagainya. namun apa yang merisaukan diriku adalah halatuju kepada semua itu yang masih tidak begitu jelas. sedangkan keadaan reliti hari ini tidak begitu dibincangkan. jika dibincangkan pun hanya berlegar-legar di sekitar tubir isu itu. tidak masuk dan melihat secara serius.
aku mengatakan ini kerana, saban hari pasti kita akan disajikan dengan cerita mengenai masalah yang melibatkan golongan wanita. dari kes penderaan, rogol, penganiyaan, kemiskinan dan banyak lagi masalah yang melibatkan kaum wanita dalam dan luar negara.
namun apa yang menyedihkan adalah keterlibatan golongan wanita muslim yang telah mendapat pentarbiyahan secara lansung di peringkat tinggi tidak mampu untuk sama-sama membantu untuk menangani isu seperti ini. apabila munculnya satu badan yang dikenali sebagai Sister In Islam, pandai pula melenting dan mengatakan dasar perjuangan mereka songsang. nah! jika sedar hal tersebut seharusnya alternatif diwujudkan sebagai langkah membendung pergerakan organisasi ini daripada menguasai persekitaran.
namun tempikan dan sindiran hanya didasari oleh emosi namun usaha untuk mewujudkan satu ketumbukan wanita muslim yang mampu mencabar suara golongan SIS masih tidak mampu dimunculkan. walhal ada banyak organisasi wanita islam di negara ini. contohnya wanita JIM, NISA', wanita ABIM, dan yang terbesar golongan muslimat dalam PAS. adakah golongan muslimat masih tidak mampu dalam membicarakan soal dilema wanita Malaysia sehinggakan autoriti ini sering diambil oleh golongan lelaki? usaha golongan lelaki Islam dalam mengetengahkan isu-isu yang berkaitan masalah wanita begitu ketara. dimana muslimat-muslimat yang begitu semangat ketika di kampus dalam memperjuangkan 'keadilan' slogan 'social justice' merupakan elemen penting dalam berbeza pandangan dengan pihak pentadbiran kampus bahkan kerajaan persekutuan. adakah ini hasil tarbiyah yang dijalani ketika zaman muda belia di peringkat kampus. kerana aku percaya peringkat pimpinan setiap organisasi tadi adalah dari kalangan aktivis muslimat ketika belajar dahulu.
adakah kata-kata "muslimat muda hanya semangat di kampus namun apabila sudah berumah tangga dan menghadapi cabaran dunia realiti barulah akan tahu erti perjuangan sebenar", benar? adakah kata-kata seperti ini perlu ditelan begitu sahaja tanpa mencari solusinya?
sekiranya muslimat muda yang melaungkan slogan muslimat power! benar-benar ingin memperlihatkan ke-power-an mereka, binalah jati diri dan fokus kepada hal yang sepatutnya muslimat muda fokuskan. jiwa besar, idea besar, matlamat besar dan melahirkan pemimpin bertaraf dunia harus disahut dan diimpimentasikan sebagai proses tarbiyah.

Tuesday, August 18, 2009
Selangkah lagi
alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam yang menjadikan siang dan malam. maha besar Allah yang menghiasi bumi dengan matahari dan bulan. aku bersyukur kepadamu ya Allah kerana masih saja memberiku peluang merasai nikmat kehidupan walaupun dengan sedar banyak melakukan kekhilafan.
hari ini 18 ogos, aku diterpa dengan kepiluan apabila melihat blogku yang sudah lama tidak dihiasi dengan penulisan. walaupun penulisan yang hanya aku saja membacanya namun atas dasar kesedaran bahawa setiap kejayaan perlu ada permulaan dan bidang penulisan ini cukup luas peluang untuk menyampaikan maklumat apa saja.
sudah 3 hari aku terlantar dibilik dek kerana demam panas dan batuk-batuk yang agak teruk. sehingga aku dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan di unit kecemasan. sebanyak 2 botol air dimasukkan kedalam badanku kerana suhu yang terlalu panas ketika itu. namun aku tetap bersyukur kerana tidak disahkan positif H1N1 seperti yang menimpa beberapa orang rakan sekelasku. doktor mengesahkan aku demam disebabkan keletihan dan perlu banyak minum air masak dan berehat.
jika dimbas-imbas memang aku akui dua minggu kebelakangan ini jadual harian agak padat. bermula dengan :
a) mesyuarat (normal thing)
b) latihan karate
c) assgment/discussion
d) program bawah persatuan kerja sosial
e) wakil sukan kolej (dewan penginapan) hoki dan bola jaring
f) usrah
mungkin ada lagi yang aku terlupa untuk disenaraikan. namun semua aktiviti tersebut sebenarnya banyak membantu dari segi mental dan fizikal. tapi terlebih doss kot sampai demam. namun dalam 2 minggu ini aktiviti bermakna yang aku sertai adalah konvensyen politik dan ekonomi Malaysia : cabaran dan penyelesaian. aku secara lansung mendengan tokoh-tokoh akademik seperti Prof Dr Ismail Saleh, dan Prof Agus.

bersama dengan Prof Dr Ismail Saleh

bersama dengan Prof Agus

bersama senator tan sri jins samsudin

Wednesday, July 29, 2009
JALAN-JALAN LANGKAWI
Subscribe to:
Posts (Atom)