Thursday, July 9, 2009

MINGGU ADD-DROP

setelah usai minggu orientasi, kini tiba pula fasa gugur tambah subjek. pada semester ini aku juga tidak terkecuali dengan masalah gugur tambah subjek. aku perlu mengikuti kursus psikologi pada semester ini. kerana Psikologi merupakan kursus teras bagi course yang aku ambil. minggu ini terasa begitu sukar bagiku. tempoh menyesuaikan dengan suasana rakan sebilik dan blok baru. dek kerana sistem yang diguna pakai oleh kampus UUM ini menyebabkan ramai 'student' dipindahkan dari kolej kediaman ke kolej kediaman lain.

dalam masa yang sama, terpaksa menyelenggarakan adik-adik semester baru untuk menyertai program yang dianjurkan oleh RAKAN MASJID UUM.

hari ini pula, aku telah tercicir fail yang mengenadungi silibus pembelajaran dan 'assigment' yang perlu aku siapkan.

ah! terasa letih badan. patutlah aku mudah diserang selesema dan hampir kepada demam. hajat nak puasa khamis pun terbatal dek kerana tak larat.

0 comments: